Sunday, 30 December 2012

New Year ~


Assalamualaikum.
Hye :D

                                            

Yahoo,welcome to 2013.
Mesti setiap orang ada azam dan semangat baru untuk melangkah ke tahun 2013 kan?aku pon ada.hehe.ape azamnye haha rahsia.cuma aku harapkan kehidupan aku di tahun depan better dari tahun yang bakal berakhir ni.

Banyak sangat kenangan,pengalaman dan ilmu yang aku dapat dalam masa setahun ni tambahan pulak sebab banyak masa aku ada kat pahang iaitu tempat yang baru untuk aku.eksaited sangat sebab dapat ramai kawan baru even sebelum ni aku sangat susah untuk memulakan sesuatu relationship dengan sesiapa.

To kengkawan yang aku sayangi,aku harap our friendship can stand until the end.walaupon nanti kita terpisah,jangan lupa contact ok dan no prob untuk hangout sesame lagi.ade satu kenangan kita yang aku akan ingat sampai bila-bila.bila senior bagitau yang guard nampak kita bertiga tapi kita tak ngaku.memang sumpah kelakar gile,last-last overnight sampai pagi sebab takot nak balik.first time je siap ade kawan aku jatuh longkang sampai lebam-lebam.

Ouh and program yang baru-baru ni yang dah delay our mid sem break.haha program keusahawanan saudagar air.memang best sangat even penat gile babas.at least kita dapat belajar cara nak berniaga kan.hehe.sedih pulak nak tinggalkan 2012.huwaaa.babai.jom revise 2012 moments.                                  .
                                                                     .

                                       .





                                                   
 xDxD girls.
 
                                                       

Monday, 10 September 2012

asta la vista&welcome

Assalamualaikum wbt.

Pagi yang indah ini sambil telingaku menyapa deruan ombak memukul pantai,hatiku berbisik sayu mengenangkan si dia yang nun jauh dari pandangan mata.ecehh berbunga pulak ayat aku hari ni.demam ke hape kau ni adani?haha.berbalik kepada niat yang asal,entri ni mestilah berkisah pasal kehidupan aku kan,tak kan orang lain pulak.

oke oke,pagi ni je dah setel untuk BEL 311 ,ade test speaking,group aku ke3,pukul 9 tadi baru kteorang pegi kat B4,untuk buat test tu,satu group ade three to four members la.tapi group aku ade three je.kteorang memang dah target tajuk 'ways to improve public transport'.tapi tadi bila dapat je kertas tajuk tu,masing-masing fokus baca,praise to Allah sebab memang tajuk tu yang kteorang dapat.syukur tak terhingga rasenya tadi.

lepas sudah satu test tapi jangan risau sebab ade lagi test untuk subjek yang lain lepas ni.hohoho.aku rase macam ringan sikit kepala ni satu beban dah lepas. asta la vista bel,jumpa di final nanti ye sayang :)

tapi kejap jap jap...aku nak revise sikit pasal cerita semalam boleh?cuba teka semalam mne aku pegi?hahahha.kalau dapat teka,belanja maggi :P
sebelum ni aku memang dah ade niat nak pegi tempat ni tapi disebabkan ekonomi seorang student,keadaan tak mengizinkan.tapi finally semalam hajat aku tu tertunai jugak.terima kasih sangat-sangat kepada 'tukang sponsor'.

Welcome to Bukit Gambang Resort.sebelum ni bila orang tanya study mne adani?aku mesti akan jawab pahang.no specific facts.kolej aku ni tak dekat dan tak jauh from gambang.aku mati-mati ingat ade waterpark je tapi salah sama sekali sebab dalam tu ade resort,convention center dan macam-macam lagi la sampai tak larat aku nak list satu-satu.

Yang lebih menarik lagi,ade student price tau untuk beli tiket.harga biase adult=rm 20,child=rm12 tapi untuk student rm18.just bagi je kad matrik ,nanti itu orang akan kasi murah sama lu.sesapa yang tak penah pegi lagi tu,jangan lepaskan peluang ok.at least nanti bila orang cerita pasal gambang waterpark,kita dah tahu kan kan kan.

Sebenarnya tempat tu tak siap sepenuhnya lagi,still ade kerja construction kat situ ,waterpark tu pon still have weaknesses.nak pegi sunway belum tercapai lagi,pegi gambang pon jadi lah daripada takde.oh ye,time beli tiket tu,nanti receptionist akan tanye nak top-up ke tak nak?aku suggest baik korang top-up sebab nanti takde lah korang terkapai-kapai bila sampai kat bawah.emm top-up tu ade range from RM 50,RM100 & RM200.kalau pegi satu family rasenya dalam RM100 kot tapi kalau big family maybe more than that.tapi aku pegi dengan 'encik sponsor' je,so kteorang top-up RM50 jela.

What function of the top-up?ok2 meh duduk sini diam-diam,nak explain ni.hehe.
function top-up ni adalah untuk kegunaan kita jugak macam loker,mesti lah kena ade loker kan untuk simpan barang.lepas tu,emm tube,double tube ade,untuk family tube pon ade jugak.tak silap harge tube dalam RM20.nanti cashier akan scan dekat tiket yang kita pakai tu,so jumlah kita top-up tadi akan tolak nilai yang kita guna.

Oh ye,untuk makan pon guna sistem yang sama jugak,just scan the ticket.grab and eat.tapi makanan dalam tu of course la quite expansive kan,tapi ape boleh buat,perut yang berbunyi harus diisi untuk tambah energy main ombak lagi.hihik.aku makan nasi kukus ayam pon dah RM9.80 darab dengan dua?haish..

Ade slides yang pusing-pusing tu,best.satu tube besar mampu muatkan enam orang,so aku dengan encik sponsor join dengan family makcik mne tah.mak cik tu punya takot sebab siap jerit dan genggam tangan aku kuat-kuat.aku hanya mampu gelak je,best sangat dan takde lah takot pon sangat kot tapi bagi aku jelah.encik sponsor dah pening-pening lalat sebab slides tu pusing-pusing.*kelakar*

Ade banyak lagi tapi aku hanya sempat naik satu tu je,yang lain tu ntah la.lepas pada tu,kteorang turun bawah ,mandi kolam renang macam olimpik tu.tapi takde lah papan anjal tu.tu pon kejap je.haih penat pulak menaip sebab dah lame tak update.

pening pikir macam-macam test*sigh*

three members

just arrive about 5 min

anneoyosayo

thanks bawakkan beg

sengih sebab nak pegi makan


on the beach*no smoking*

scenery of Gambang


where to go?



     

Tuesday, 28 August 2012

Segmen : Up Follower by Balqis

Assalamualaikum wbt.

jangan marah sebab aku join lagi satu segmen.hihik.
tapi segmen ni mesti best punye.
jadi mari kita terjah.

 nak tahu syarat ?
klik banner comel kat atas tau.
senang je syarat,kompem korang akan join jugak.

kawan yg dikasihi.

Merdeka-Raya Random Giveaway by Lyana's Studio

Assalamualaikum wbt.

wahh hari yang mulia ni aku join lagi satu giveaway.
bunyi macam best ,jadi aku pon dengan berbangga join.

 syarat-syarat?
1.follow blog
2.like fanpage Lyana's Studio
3.buat entry tajuk: Merdeka-Raya Random Giveaway by Lyana's Studio.
4.letakkan banner dan linkkan pada entry ni.
5.tag at least 2 orang.
6. siap.

senang kan?
nak tahu lebih clear?
klik je banner comel kat atas tu.

yang dihormati,jom join !

Gempak Giveaway by Fatin Roziana

Assalamualaikum wbt.

yahoo ana join giveaway lagi..


join tau kawan-kawan..
mari kita bersama gempakkan lagi giveaway aten yang innocent tu.hihik.
info lanjut 
banyak hadiah misteri yang menanti.
 harap kali ni ada rezeki menang.hikhik.
join tau,ok bye.

Sunday, 26 August 2012

Segmen : JOM TAMBAH FOLLOWER BLOG SEBANYAK YANG MUNGKIN

Assalamualaikum wbt.


jom join segmen.

followers:  39

join segmen lepas raya pon best jugak kan.hihik.

info lanjut 

Wednesday, 22 August 2012

teman lama

Assalamualaikum wbt.

Bila dah masuk raya ketiga , time untuk beraya ke rumah kawan-kawan. dah takde istilah raya dengan family.tu untuk raya pertama je ok.tapi bagi aku jela.ampun kepada sesape yang masih beraya dengan family pada raya ketiga.den tak tahu.jangan marah noh..

Semalam kawan aku datang beraya,macam biase mestilah layan kan.bukan layan ape,setakat hidangkan air dengan kuih raya,anak buah aku pon boleh.puihh.hehe.farah dengan fizah datang,yang fizah tu macam dah segan-segan dengan aku maybe sebab lama tak jumpa kan.diorang pon sembang la ape yang patot sambil menunggu puteri adani ni bersiap.dah siap tu,kami bertiga pegi beraya ke rumah kawan aku yang lagi sorang tu,kak mah..alaa yang aku buat entry utk birthday dia tu.

Rumah dia takde lah jauh sangat.tapi tetap pegi naik kereta.haha.dah ade lesen sekarang,tu yang tak main dah naik motor.ok belagaks disitu.dah sampai tu minum-minum la,gosip sebakul dulu baru blah.dia pon nak keluar pegi beraya rumah cikgu zahir.so kami pon dengan berat hati mintak diri la.

Mulanya plan nak balik terus,tapi disebabkan masing-masing tak puas lagi meronda,aku decide nak pegi beraya rumah mira.salah sorang geng aku la time sekolah dulu.dah sampai depan rumah dia,baru col tanya dia ade kat rumah tak.gile buat dia takde kat rumah,tak ke kes anaiya minyak kerete aku.tapi nasib menyebelahi aku,dia pon bukak pintu.masuk je rumah dia,terus duduk depan kipas,panas ya rabbi.cuaca kat malaysia sekarang ni makin panas,patot ramai dah dapat radiasi kan.

Macam-macam topic yang kami bualkan,biase lah girls kalau dah jumpa geng dia,tak ingat dunia sembang. tapi banyak yang kami sembang tu semuanya pasal live sekarang,kehidupan kolej masing-masing.bertukar cerita,semua pakat nak cerita ,memang best la.lebih kurang 30 minit kami kat rumah dia,dah tiba masa untuk mintak diri la.tak elok pulak rasanye nak bertandang rumah orang lama-lama.tapi sebelum balik tu,sempat lagi snap satu dua gambar untuk aku simpan sebagai kenangan.

fizah dan farah.

gadis pinky.

 

Tuesday, 21 August 2012

2nd day of Raya.

Assalamualaikum wbt.

Semalam rumah aku menjadi tumpuan sedara-mara sebab mak aku ada buat kenduri sikit untuk arwah tok dengan wan aku.semua datang kecuali pakcik husin aku sebab dia terpaksa buka kedai semalam.memang laku lemang buatan pakcik aku sorang tu sebab lemang yang dia buat memang ohhsem la bagi aku,lembut je tak keras pon.memang enak dimakan begitu saja,gardenia..ehh silap,lemang.ingat ada iklan gardenia tadi.haha.

Mak aku yang support semua tapi dibantu sikit oleh paksu aku yang dok kl tu.aku pon macam pelik sebab setiap tahun paksu aku mesti beraya kat sabak bernam dulu tapi tetibe tahun ni dia beraya kat kedah dulu.tapi tak pela ,at least meriah sikit kan suasana.pagi-pagi lagi paklong aku dah sampai bawak sekali dengan tempat masak tu,ape tah nama dia,aku pon tak tahu.kemudian diikuti dengan pakngah,paktam,paklang,pakcik tak datang.:(

Dalam pukul 12.30 semua makanan dah siap dihidangkan.menu?takde lah vogue sangat,masakan kampung je.menunya nasi putih,ayam goreng,gulai ikan talang,sambal belacan,ulam-ulaman,air ribena.ade plus mi kari jugak.side dishes kuih raya dengan kerepek.

Lepas solat zohor berjemaah,kami sekeluarga pakat ramai-ramai buat tahlil untuk arwah.memang best sebab dapat berkumpul dan buat kenduri macam ni.mak ada cakap kat aku yang dia seronok sebab sedara-mara dapat berkumpul macam dulu-dulu.bak kata orang putih,united !

Paklong aku yang jadi tekong baca yasin dan tahlil.suasana sebak mula mengundang hati jemaah sebab masing-masing terbayangkan si arwah.habis je buat tahlil,kami bersalam-salaman lepas tu masing-masing pegi mengisi perut yang dah start nyanyi lagu tamil.~~macam-macam ada.suasana sangat meriah dengan suara sedara-mara aku yang masing-masing mulut speaker.jom kita selami environment semalam...

 bermula dengan al-fatihah.

 disudahi dengan sadaqallahulazim.

 masakan kampung

                                                          menjamu selera.

 abg nuar,abg nizam,paksu,abg tak tau nama.haha

 tambah jangan tak tambah.

sementara masih panas,pulun makan sampai kembong.

 girls yang kat dalam pon tak ketinggalan jugak.

 persatuan baby sedunia berkumpul.kecuali sorang tu.

dah habis makan,time utk gosip pulak.

Tu lah suasana yang aku maksudkan disini.sangat meriah dan agak bising dengan suara-suara camar yang hinggap.haha.ayat berbunga disitu.aku pulak sebagai camerawoman,kesian aku takde dalam picture ni kan.huhu sob sob.bila dah puas menatap muka kau dan aku,semua pakat mintak diri untuk balik ke sarang masing-masing.maksud aku rumah la,adoi dol itu pon tara paham ka.!ayoyo..

Mula dengan paklang,diikuti dengan paklong,kemudian pakngah dan akhir sekali paktam.bila semua dah balik,sunyi ja rumah aku ni,macam tak berpenghuni pulak rasa.tapi nasib baik paksu aku ada.raya ke3 baru dia gerak balik sabak.sebelah isteri dia.last sekali baru la aku dapat bercandid,tu pon satu.

 here i am.:)

Selamat sudah kenduri kecilan yang mak aku plan.makanan pon elok-elok je cukup untuk semua tetamu yang datang.alhamdulilah.nanti-nanti kalau mak aku buat kenduri lagi,jemput la datang ke rumah aku.insyaallah buat lagi kot.bergantung pada rezeki.harap-harap raya tahun depan sedara mara aku berkumpul lagi macam tahun ni.amin..