Tuesday, 21 August 2012

2nd day of Raya.

Assalamualaikum wbt.

Semalam rumah aku menjadi tumpuan sedara-mara sebab mak aku ada buat kenduri sikit untuk arwah tok dengan wan aku.semua datang kecuali pakcik husin aku sebab dia terpaksa buka kedai semalam.memang laku lemang buatan pakcik aku sorang tu sebab lemang yang dia buat memang ohhsem la bagi aku,lembut je tak keras pon.memang enak dimakan begitu saja,gardenia..ehh silap,lemang.ingat ada iklan gardenia tadi.haha.

Mak aku yang support semua tapi dibantu sikit oleh paksu aku yang dok kl tu.aku pon macam pelik sebab setiap tahun paksu aku mesti beraya kat sabak bernam dulu tapi tetibe tahun ni dia beraya kat kedah dulu.tapi tak pela ,at least meriah sikit kan suasana.pagi-pagi lagi paklong aku dah sampai bawak sekali dengan tempat masak tu,ape tah nama dia,aku pon tak tahu.kemudian diikuti dengan pakngah,paktam,paklang,pakcik tak datang.:(

Dalam pukul 12.30 semua makanan dah siap dihidangkan.menu?takde lah vogue sangat,masakan kampung je.menunya nasi putih,ayam goreng,gulai ikan talang,sambal belacan,ulam-ulaman,air ribena.ade plus mi kari jugak.side dishes kuih raya dengan kerepek.

Lepas solat zohor berjemaah,kami sekeluarga pakat ramai-ramai buat tahlil untuk arwah.memang best sebab dapat berkumpul dan buat kenduri macam ni.mak ada cakap kat aku yang dia seronok sebab sedara-mara dapat berkumpul macam dulu-dulu.bak kata orang putih,united !

Paklong aku yang jadi tekong baca yasin dan tahlil.suasana sebak mula mengundang hati jemaah sebab masing-masing terbayangkan si arwah.habis je buat tahlil,kami bersalam-salaman lepas tu masing-masing pegi mengisi perut yang dah start nyanyi lagu tamil.~~macam-macam ada.suasana sangat meriah dengan suara sedara-mara aku yang masing-masing mulut speaker.jom kita selami environment semalam...

 bermula dengan al-fatihah.

 disudahi dengan sadaqallahulazim.

 masakan kampung

                                                          menjamu selera.

 abg nuar,abg nizam,paksu,abg tak tau nama.haha

 tambah jangan tak tambah.

sementara masih panas,pulun makan sampai kembong.

 girls yang kat dalam pon tak ketinggalan jugak.

 persatuan baby sedunia berkumpul.kecuali sorang tu.

dah habis makan,time utk gosip pulak.

Tu lah suasana yang aku maksudkan disini.sangat meriah dan agak bising dengan suara-suara camar yang hinggap.haha.ayat berbunga disitu.aku pulak sebagai camerawoman,kesian aku takde dalam picture ni kan.huhu sob sob.bila dah puas menatap muka kau dan aku,semua pakat mintak diri untuk balik ke sarang masing-masing.maksud aku rumah la,adoi dol itu pon tara paham ka.!ayoyo..

Mula dengan paklang,diikuti dengan paklong,kemudian pakngah dan akhir sekali paktam.bila semua dah balik,sunyi ja rumah aku ni,macam tak berpenghuni pulak rasa.tapi nasib baik paksu aku ada.raya ke3 baru dia gerak balik sabak.sebelah isteri dia.last sekali baru la aku dapat bercandid,tu pon satu.

 here i am.:)

Selamat sudah kenduri kecilan yang mak aku plan.makanan pon elok-elok je cukup untuk semua tetamu yang datang.alhamdulilah.nanti-nanti kalau mak aku buat kenduri lagi,jemput la datang ke rumah aku.insyaallah buat lagi kot.bergantung pada rezeki.harap-harap raya tahun depan sedara mara aku berkumpul lagi macam tahun ni.amin..
 






    

 

2 comments:

  1. so sweet ur parent wat kenduri..
    u pun so nice wearing baju kaler biru tue...

    ReplyDelete